Tuesday, 30 June 2015

Dapur Kekja :Sambal Totok (family's recipe)


Salam 13th Ramadhan 2015 . Alhamdulillah , harini baru rasa nak turun dapur. ops! huhuhu
Harini juadah untuk iftar pucuk ubi masak lemak, ikan goreng dengan sambal totok. Simple tapi sedap kemain.

Okay, nak ajar sambal totok ni dari Johor. Mak aku orang Johor, ayah orang Pahang.

Bahan :

Segenggam ikan bilis
Segenggam cili padi
5/6 ulas bawang putih
Lesung batu

Cara masak :

Goreng ikan bilis, selang 1 atau 2 minit lepastu masukkan bawang putih.
Then biar agak nak coklat tu, tutup api then masukkan cilipadi. Terus! tutup dgn penutup kuali. Nanti meletup letup minyak tu.

Lepastu tunggu sampai minyak tu senyap atau berhenti meletup.Then, tumbuk kesemua yang sudah digoreng tu. Tumbuk habis habis. Ha siap! Hehe


p/s : sambal totok ni sedap makan dengan lauk yang berkuah. contohnya pucuk ubi masak lemak, sayur kangkung ke. Huhu, selamat mencuba!


Friday, 19 June 2015

Inside my heart ;



{ not me }



Orang boleh ckp mcm mcm pasal kita
Bajet tu bajet ni 
Tapi dia taktahu keikhlasan hati kita dan kesusahan utk sebuah penghijrahan

Sakit pedihnya
Jatuh naiknya

Ujian yg datang tu lagi dasyat
Paling best semuanya kita hadapi sorang sorang
Sebenarnya Allah nk sedarkan kita
Hidup ni akhirnya kita akan sendirian jugak
Dan supaya kita sedar,
Kita tak lonely
Allah sentiasa bersama kita

Aku sentiasa kesal 
Jika aku leka dgn dunia dan 'selesa' dengan manusia sekeliling aku
Sampai aku lupa Allah

Aku sedih
Jika aku lupakan Allah
Walaupun sesaat.

Sedihnya tuh tak terkata.
Ya Allah, ampunkan aku

by @fzhmdnr
1 June 2015



Sumber ig :  @fzhmdnr


Thursday, 11 June 2015

Dapur Kekja :Ayam lemak kuning rebus

\

Harini masak ayam lemak kuning rebus. Nak ajar korang dan ingatkan diri aku jugak. Nanti lupa, boleh rujuk kat sini . 

Step 1 : 
- Basuh ayam
- 4 kentang - potong 4 setiap satu. (potong pepanjang)
dah siap potong kentang , rendam dalam air paip .

Step 2 :

Blander semua ni .

- bawang putih -5
-bawang merah -2 (besar)
-halia besar ibu jari
- serai -7btg
-cili padi (agakagak je , nnti pedas sgt)
- satu sudu kunyit

*blander habis habis (tkyah tapis)

Step 3 :

- masukkan ayam dalam periuk
-masukkan bahan yg dh blander , 4 kiub ayam (maggi), kentang, santan dua bungkus.
-masukkan air, buka api.
- 1/2 sudu asam jawa

godak sampai mendidih .

kurang masin tambah satu kiub. / garam



Tuesday, 2 June 2015

Dapur Kekja :Kek Coklat dalam Mug

untuk sesi menambah six pack di pipi . Harini nak ajar buat Kek Coklat dalam Mug . lagi senang! Hari hari boleh buat . terus kau mokmok gitu. Hahah, ini guna resepi pae sendiri. hee





What we need ?


- Sebuah mug/gelas yg comel. huhuhu


  • 2 sudu besar tepung gandum biasa
  • 2 sudu besar gula kisar (gula icing)
  • 2 sudu besar serbuk coklat/koko
  • 3 sudu besar susu minum
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu kecil serbuk penaik (baking powder)
  • 1 biji telur
  • 1 cawan mug yang besar (seperti dalam gambar)

Then, kacau sampai sebati. Masukkan dalam microwave selama 1minit.

Yey siap! confirm jadi sebab pae dh try. hee

Tekan sini - oreo cheese cake .




 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI