Friday, 27 March 2015

Pemilihan Kadet Bomba





Alhamdulillah . dapat jugak kadet bomba menyerlah di saat saat akhir. Sebelum jadi senior , dpt jugak join kem kadet bomba. Semalam ada pemilihan kawad kaki kadet bomba. First time join kawad kaki , kena jemur kemain lama . Burn teruk kot . Tapi takde rasa menyesal pun rasa happy sangat . Hahahah taktaulah kenapa happy sangat HAHAHA mengarut. Baru dpt rasa kawad smart smart gitu . Selama ni teringin nak masuk skuad elit mcm kadet polis. Alhamdulillah sekarang kadet bomba pun dah ade . (mcm dah pro sangat)




cikgu Azri , dotdot. dotdot dan cikgu Hafeez 

Firstly terima kasih diucapkan kpd anggota bomba yang terlibat . Cikgu Azri , Cikgu Hafeez, Cikgu Azrul Hafeez , Cikgu Muslim , Cikgu Tajudin dan lain lain . Yang ni je aku kenal dan hafal nama sebab selalu npk muka diorg time training . Seriously penyabar dan penyayang je memasing . Then , buat lawak dan sembang lebat . Hahaha best gila woi (joget joget)

Tasyabarrr nak pergi latihan pusat bulan 5 nanti . Hope dpt terpilih sampai peringkat seterusnya. Aku takut je tak terpilih sbb aku kurus sangat . Cikgu siap tegur  "awak makan banyak sikit" Jangan diet. Hahah yelah. saya makan banyak , lepastu saya bersenam bagi kurus balik .



our platon. Hafiz! (SMKAP) cikgu suka sakat dia. kesian dia tau hahaha
*sbb nerd

 tapi bila masuk sekolah menengah , ramai pulak yang mnyerlah . so, aku agak tenggelam. byk beza dulu dan skarang. hee bila dpt join balik kem ni . rasa macam kembali ke dunia sebenar aku . memang happy! dah lama tak explore dunia luar . Excited! I love travel , adventure and explore .

So, I'm so excited happy to join this camp . Insyaallah meet you again 2 months
May Allah ease everything :)



Friday, 20 March 2015

Dapur Kekja :Aiskrim Goreng (Abah's recipe)

Assalamualaikum wbt .
Panasnya harini . best makan aiskrim goreng kan? So, nak ajar korg bbuat aiskrim goreng (homemade) . Ini semua idea abah :)


bagi yg taktau aiskrim goreng tu apa . lebih kurang mcm nilah . kena goreng dlm minyak panas , pastu makan . rasa rangup dan dalam dia ade aiskrim . 

How to make it? 

Bahan  : Aiskrim satu bekas dan roti sebungkus.

Step 1 : Ambil dua keping roti . kemudian , ambil satu skop aiskrim letak atas roti .
lagi satu roti tekup atas roti yg ade aiskrim tadi .


Step 2 : akan ada bulatan kat tengah roti tu . tekup dengan something yg bentuk bulat .
contohnya : guna cawan .
kalau nak buat bentuk lain pun boleh. ikut kretiviti korang :)


Step 3 : buang lebihan roti di sekeliling bulatan tu .


Then , buat banyak banyak 

Masukkan ke dalam peti ais (frozen) . Bagi dia keras .
Lepas dh jdi keras mcm ais . Keluarkan dari peti and goreng! 

Macam mana nak goreng ? 

- Isi minyak mcm nak goreng ayam . 
- Panaskan minyak
- tunggu sampai minyak panas
- masukkan aiskrim goreng yg keras tadi ke dalam kuali .
- terbalik terbalikkan aiskrim goreng tu . agak agak dah coklat , angkat keluar dan tapis minyak .




Yey! dah siap. sedapnyaaaaa


Tuesday, 17 March 2015

Dapur Kekja :Sambal tempe .


(mood gediks)

okay yang ni lawak . sambal tempe pun nk buat tutorial jugak kerrrr ? Ala senang la nnti kalau lupa bahan ke , tengok kat blog je . takyah susah tanya mak , nnti kena marah uolls! Hahaha

Sbb sambal tempe ni sedap uolls . I tak suka tempe , I makan ikan bilis je . (whatever)
Lets start!

Bismillah . (selawat)

*sambil masak ,kita selawat . jangan karok lagu mewangi pulak . 

Step 1 : potong comel comel tempe tu . pastu goreng kasi garing lepastu tapis minyak .

Step 2 : goreng ikan bilis kasi garing jugak . lepastu tapis minyak

Step 3 : blender lada kering , bawang putih , bawang merah
*blender habis habis. 

Step 4 : panaskan minyak , masukkan yg dah blender tadi . pastu gula satu sudu . 1-kiub Maggi . 

Step 5 : kacau sikit , bagi naik minyak . sementara tggu naik minyak , boleh buat senaman iya iyalah sambil selawat . apa salahnyaa :)

Seronok buat senaman tu ? okay , jgn smpai hangus pulak . kacau kacau sikit sambal tu .

Step 6 : bila dah naik minyak , tutup api . pastu masukkan tempe dgn ikan bilis yg dah goreng garing tadi . Gaul kan mereka , sehingga sebati . SIAP!







Sunday, 15 March 2015

Dapur Kekja :TomYam (homemade)



Assalamualaikum . Harini dpt ilmu baru , masak tomyam. Pae tak minat sgt tomyam tapi sbb family suka makan . So, masak jugaklah . Heee :)

So , ada yg nak belajar ? Pae nak ajar sbb benda ni simple. Kalau payah , pae pun taknak buat . Okay , jom belajar!

Bismillah . (selawat)

Step 1 : Rebus bihun (lepas rebus , tapis )
Step 2 : Basuh/buang lemak ayam yang dah di potong (dari kedai)
Step 3 : Blander bawang putih 8 ulas , bawang besar 2 biji , cili padi segenggam (agak agak je , nnti pedas sgt)

Step 4 : masukkan ayam yang dah dibasuh tadi dalam periuk berserta bahan yang dah di blander tu .

Step 5 : masukkan perencah tomyam adabi -3 , kiub tomyam (Maggi) - 4 kotak . (satu kotak ada 2 kiub) . dan masukkan tomato yang dah dipotong dua.

dah masukkan semua tu ? oraite sekarang teruskan dgn Step 6 .

Step 6 : Isi air dalam periuk  . dan buka api .

lepastu potong serai dalam 4 batang . amek bahagian bawah je . ketuk bahagian bawah tu , basuh dan masukkan dalam kuali.

Step 7 : biarkan ia mendidih .(rasa lah sikit , okay ke tak ) kalau tak okay , letak garam .

Step 8 : dah mendidih , masukkan kobis bunga yang dah dipotong . (lantak awk lah nak potong mcm mana pun) *tak menjejaskan apa apa :)


Haaa dah siap! Tak sampai 10 steps pun . Senang je kan ? Selamat mencuba :)

Freebies : Favicon #1






Assalamualaikum . First freebies utk korang! Favicon yang comel comel . Letak lah kat mana korang suka ;)



Cara nak copy .
// tekan favicon - tekan kanan mouse - copy image url \\

Friday, 13 March 2015

TUTORIAL : ASK.FM Widget

Assalamualaikum . Tutorial utk pagi ni ialah Ask.fm widget . Macam mana nak letak ask.fm dalam blog . Ask.fm tu apa ? Haaa klik SINI


Yang dah ada ask.fm boleh terus log in. Yang takde lagi , boleh sign up :)

Step 1 : Log in Ask.fm

Step 2 : tekan Setting - Widget 
*seperti gambar di bawah



korang edit lah nak size besar mana apa semua. Dah siap edit? 

Step 3 : Copy CODE yg dia beri tu . Then , paste dalam blog korang .

Macam mana nak letak dalam blog ?

Dashboard - Template - paste kat mana korang nak . 
Preview . menjadi ? SAVE!


Thursday, 12 March 2015

In your hand :)






Hidup adalah pilihan . kalau rasa ia complicated, maka complicated lah ia . kalau rasa ia mudah , maka mudah lah ia .

Wake up!


Orang kata zaman remaja ni suatu tahap yg kritikal . apa yang kita pilih sekarang , itulah yg akan tentukan masa depan kita . Remaja ? Berhati hati lah terutamanya dalam memilih kawan . Bersabarlah saat diuji , pasti ada hikmahnya . Jangan terlalu ikutkan nafsu . Jangan terburu buru , lets take a deep breath and husnudzon . 


Makna Surah Al-Fatihah 

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani 

Segala puji bagi Allah , Tuhan semesta alam
Maha Pemurah lagi Maha Penyayang yang menguasai hari pembalasan
Hanya kepadaMu Ya Allah , kami menyembahMu Ya Allah
Hanya kepadaMu kami mohon pertolongan 
Tunjukkilah kami jalan yang lurus  iaitu jalan orang orang yg Kau kurniakan nikmat kpd mereka
Bukan jalan mereka yang dimurkai
dan bukan pula jalan mereka yang sesat 



sampaikanlah walaupun satu ayat yg baik , ia di kira dakwah :)

Friday, 6 March 2015

Tutorial : Letak lagu dalam blog


Assalamualaikum. Selamat petang! Sementara free ni , nak ajar korg letak lagu dalam blog . Malas nak bebel banyak . So , lets start!

Step 1 : Tekan link ni scmplayer.net

Lepas korang tekan , akan keluar macam ni kan ? 



Haaa, pilih la warna apa yg korang nak . Dah pilih ? okay , ikut Step 2 .

Step 2 : Tekan Edit Playlist kat sebelah Choose Skin tu.


Step 3 : Buka Youtube . lepastu search lagu yang korang nak letak dalam blog . Contohnya , pae amek lagu Forteen - Linangan Terakhir


dalam kotak merah tu = SONG URL

copy Song URL , pastu paste kat tempat tadi . Fahamkan ? 

Step 4 : Tekan Configure Setting . akan keluar mcm ni .


Haaa, edit la nk volume kuat mana . pastu nak letak lagu kat top atau bottom dalam blog korang . Dah siap setting , tekan Done! 

Copy lah code yg dia bagi tu , pastu paste kat dalam blog . Korg tau kan cmne nak masukkan dlm blog ? 

Dashboard - Template - letak kat bawah sekali 


Preview . Menjadi ? Save! *kalau tak faham/tak jadi , tanya tau :)




Monday, 2 March 2015

Assalamualaikum MARCH :)





Alhamdulillah , Ya Allah cepatnya masa berlalu . Makin hari makin dekat dengan kematian :) Jangan takut berbicara pasal mati . Kita semua akan mati juga nanti . Cuma taktau bilaa :) Saya yakin , mgkin Allah nak ingatkan saya supaya jangan terlalu sayangkan dunia kerana dunia hanya persinggahan utk kita kumpul bekalan banyak banyak utk di bawa ke alam yg kekal abadi .

Mungkin ini juga hint yg pertama , supaya lebih tabah dalam hidup dan supaya diri ni tidak mudah alpa . Banyak lah yg jadi dlm hidup ni , yg sangat menyakitkan . Sampai rasa hilang arah . kenapa perlu begitu ? sedangkan yg saya kejar bagai nak rak tu , cuma duniawi .Kenapa saya tak mengejar kasih sayang Allah ?

Banyak khilaf . Itulah manusia, dan sebab itu Allah sentiasa membuka pintu taubat utk kita . Sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang .


(nak berubah tu mudah , tapi nk istiqomah?) 
sayu hati .

 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI