Monday, 23 November 2015

Dapur Kekja :Ikan goreng & Bayam masak air

Assalamualaikum. Hai harini saya masak. Jom ingat balik! Haha, maaf la saya jarang masak. nak goreng ikan pun boleh lupa. ish ish

(gambar google)
IKAN GORENG.
  •  Ikan selar dua ekor.
  •  kunyit 2 sudu
  •  Garam 2 1/2 sudu


Cara masak.

1- Basuh ikan
2- Buang isi perut. potong ekor, kepak, kepala
3- Letak kunyit 2 sudu
4- Letak garam 2 1/2 sudu
5- Ratakan pada ikan dan goreng.



(gambar google)

BAYAM MASAK AIR.
  • Bayam dua ikat
  • 1 biji bawang besar (sederhana)
  • 3 ulas bawang putih 
  • segenggam ikan bilis
  • Kiub maggi (sup ayam) - 2
  • Garam dan ajinamoto
Cara masak.

-Bayam gunting ambil daun dan sedikit batang.
-kemudian basuh.


  1.  Blander semua bahan yang disengetkan tulisan di atas.
  2. Tapis
  3. Panaskan minyak,
  4.  Masukkan yg sudah ditapis
  5. agak agak naik minyak, masukkan 2 KIUB MAGGI.
  6. agak agak dah garing sikit, masukkan GARAM (2 sudu) , AJINAMOTO (secubit dua), AIR satu setengah blander
  7. bila dah didih, masukkan bayam.
  8. tunggu didih sekali lagi dan tutup api.


Siap! 

alaa lupa, mak suruh buat sambal kicap jap.
HAHAHAHAHA

ok im back.

(gambar google)

SAMBAL KICAP.

  • 5 atau 6 ulas bawang putih
  • segenggam cili padi
  • kicap manis (jangan letak banyak sangat nanti sambal jadi cair. macam aku buat tadi. HAHAHAHA)
Cara buat.
  1. Blander semua di atas. SEKIAN





 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI