Thursday, 10 September 2015

Dapur Kekja :Sambal Telur Hancur


(gambar google je tapi memang gini lah rupa sambal telur hancurnya)

Assalamualaikum. Bismillahirrahmanirrahim

Yeyy exam upt3 dah tamat. Rasa nak baling meja lepas jwb pape bio. *overgila

okayharini nak ajar masak Sambal Telur Hancur. Family aku selalu panggil Telur Hancur je . okay jom masak!

Bahan:

Telur- 4 biji
Bawang merah (bersaiz besar) - 1
Bawang putih - 3
Lada kering - segenggam (agakagakje)
Ikan bilis - segenggam (jangan byk sgt, so agak agak je)
Kiub ayam (maggi) - 2 kiub
Asam Jawa - hujung sudu
Garam- secubit (not too secubit k)
Gula- satu sudu

Cara masak : 

1- Basuh ikan bilis pastu goreng lah. dah siap goreng ,tapis.

2- Blander lada kering. Air sikit je (agakagak) sbb tak tapis.

3- Dah blander lada kering smpai hancur tu , masukkan bwg merah, bwg putih dan blander lah mereka bersama sama. kalau tersekat , tambah sikit air.

4- Panaskan minyak dan masukkan yang dah blander tu. (api sederhana)

5- masukkan 2 kiub ayam (maggi), asam jawa (hujung sudu), sedikit garam dan satu sudu gula.

6- kacaulah mereka sehingga sebati . 

7- Then, rasa. kalau kurang masin, tambah garam. kurang manis, tambah gula. kalau dah okay, tunggu sampai sambal tu masak.

#macammana nak tahu sambal dah masak? bila dah naik minyak.

8- tarik sambal ketepi, then masukkan 4 biji telur. 
tunggu sampai telur tu agak dah masak sikit. then, gaulkan dengan sambal tadi.
(semuanya berlaku dalam kuali tu ea)

9- Gaulkan dan kacau sampai telur tu hancur dan sebati dengan sambal .
Gaul sampai sambal telur hancur tu masak! (telur dah masak lah kiranya)

10- tutup api dan masukkan ikan bilis yang sudah digoreng. Gaulkan dengan sambal telur hancur yang dah masak tu. Ha siap!

p/s : selalunya sambal telur hancur ni makan dengan nasi putih. Sedap weh





 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI